Kamarudin Bin Hasim (Kuden)
M.Sc. Food Tech & Sci (TN. USA)
SME Expert Advisory Panel (SEAP)
Pengasas Kuden Food Safety Academy
Pasukan Penceramah Bertauliah KKM Kuden Food Safety Academy
( En. Kamarudin, En. Latif, En. Rome, Pn. Atiqah Natasha )
PENGENALAN KURSUS
Kursus Latihan Pengendali Makanan ini adalah kursus wajib untuk semua pengendali makanan seperti yang telah digariskan di dalam AKTA MAKANAN 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Bahagian IV, Bab 1, Peraturan 30, Latihan pengendali makanan.
Subperaturan (1) Pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendali makanan di, dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Pengarah.
Subperaturan (2) Menteri boleh, jika difikirkan perlu, mengkehendaki mana-mana pengendali makanan untuk menghadiri mana-mana latihan pengendali makanan tambahan di mana-mana institusi yang ditentukan oleh Pengarah.
Subperaturan (3) Mana-mana pengendali makanan yang bekerja di mana-mana premis makanan yang tidak menjalani latihan atau memiliki sijil yang disebut dalam subperaturan (1) atau yang tidak menghadiri mana-mana latihan yang disebut dalam subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Tutup