Suhu antara 5°C hingga 60°C dikenali sebagai zon suhu bahaya kerana banyak bakteria penyebab keracunan makanan boleh membiak dalam julat ini. Makanan mudah rosak seperti nasi, lauk-pauk, daging dan makanan bersantan berisiko menjadi tidak selamat jika dibiarkan terlalu lama pada suhu tersebut.
Secara saintifik, bakteria seperti Salmonella, Escherichia coli patogen dan Bacillus cereus boleh membiak apabila keadaan makanan sesuai. Sesetengah bakteria membiak dengan cepat pada suhu sekitar 30°C hingga 40°C. Semakin lama makanan berada dalam zon bahaya, semakin tinggi risiko pertumbuhan bakteria.
Oleh itu, simpan makanan sejuk pada suhu 5°C atau lebih rendah dan kekalkan makanan panas melebihi 60°C. Kurangkan masa makanan berada dalam zon bahaya, gunakan termometer makanan dan jangan bergantung pada bau atau rupa untuk menentukan keselamatannya.
—————————
“Suhu makanan bukan sekadar angka pada termometer. Setiap darjah dan setiap minit yang tidak dikawal boleh menentukan sama ada makanan itu selamat atau membahayakan pelanggan.”
Pesanan Uncle Kuden
KUDEN ACADEMY
0 ulasan